PERLAHANKAN PROSES PENUAAN


Perlahankan proses tua

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

 
AKTIF… warga tua sepatutnya seronok kerana banyak masa terluang.

AMALAN… senaman mampu membuatkan warga tua kekal cergas

 

Sekarang jawab soalan ini dengan jujur. Berapa kerap anda ‘servis’ diri sendiri iaitu berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan kesihatan badan, gigi dan mendapatkan suntikan vaksin yang disarankan?

Atau sekurang-kurangnya melakukan ‘servis’ ringkas setiap hari dengan bersenam 20 hingga 30 minit, menjaga makan dan mendapat rehat secukupnya? Setahun sekali atau beberapa tahun sekali, itu pun apabila berasa tidak sihat?

Umur yang muda dan ‘rasa sihat’ tidak boleh dijadikan penentu bahawa kita benar-benar sihat kerana banyak penyakit bersarang dalam diam dan tidak menunjukkan sebarang tanda hinggalah ia menjadi serius.
Tahukah anda, gaya hidup tidak aktif dan kurang menitikberatkan soal pemakanan antara laluan pantas ke arah penuaan, kata Perunding Geriatrik dan Perubatan Dalaman, Dr Rajbans Singh.

 “Biasanya apabila menyebut perkataan ‘umur’, kita merujuk kepada berapa lama seseorang itu hidup atau kiraan tahun sejak dia dilahirkan. Kiraan umur sepatutnya diubah kepada berapa muda atau tua badan seseorang berdasarkan tahap kesihatan dan kecergasannya.

“Usia badan dua individu yang sama umurnya boleh berbeza; badan seseorang itu lebih tua jika dia menghidap penyakit. Malah ada juga orang tua usia tetapi mempunyai badan yang muda umurnya dan inilah sasaran yang hendak kita capai.

“Semakin kita berumur, kita sepatutnya jadi lebih sihat dan cergas, terutama selepas bersara. Inilah masanya untuk kita bermain bola sepak atau belajar komputer dan melayari Internet bersama cucu.

“Ia bukan perkara mustahil kerana kajian ke atas orang tua atau warga senior (berumur 60 tahun ke atas) di luar negara mendapati selepas setahun menjalani latihan cergas, ada yang mampu berlari pecut 100 meter dalam masa 13 saat. Kalau mereka boleh, tentu kita pun boleh walaupun mungkin pencapaian tidak sehebat itu.

“Apabila saya bertanya siapa mahu hidup sehingga 100 tahun, jarang ada peserta forum kesihatan mengangkat tangan. Semua menganggap apabila berumur 100 tahun kita akan jadi bongkok, penglihatan kabur, pendengaran tidak jelas, jalan bertongkat dan terpaksa bergantung hidup pada orang lain untuk aktiviti harian.

“Ini persepsi kita pada orang tua, sedangkan ramai membuktikan mereka masih boleh hidup cergas dan sihat pada usia begini,” katanya ketika pelancaran Program Kesejahteraan Warga Senior anjuran Pusat Perubatan Prince Court.

Persediaan menuju alam ‘tua’ perlu dilakukan dari sekarang kerana jumlah warga senior di seluruh dunia semakin meningkat dengan kemajuan bidang perubatan dan kesedaran menjaga kesihatan yang dijangka mencecah 976 juta pada 2025 berbanding 500 juta pada 2006. Daripada jumlah ini, 72 peratus tinggal di negara membangun.

Bukan jumlah warga senior saja yang meningkat, bahkan jangka hayat juga semakin panjang. Di United Kingdom contohnya, jumlah penduduk berumur 100 tahun bertambah daripada lima orang pada 1960 kepada 50,000 orang pada 1998. Manakala Amerika Syarikat pula mempunyai 70,000 penduduk berumur 100 tahun pada 1997.

Menurut Dr Rajbans, keadaan di negara kita juga sama dan jangka hayat penduduk bertambah panjang (purata 76 tahun bagi lelaki dan 78 tahun bagi wanita).

Malah jumlah penduduk berumur 65 tahun ke atas melonjak daripada 800,000 pada 1995 kepada 900,000 orang pada 2000 dan berdasarkan statistik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), jumlah warga senior di Malaysia mencecah tiga juta orang.

Malangnya, ramai daripada penduduk kita mati muda akibat penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung, strok, kencing manis, tekanan darah tinggi, artritis dan penyakit lemah daya tahan badan.

Semua penyakit ini, jika tidak dikawal, boleh menyebabkan pesakit hilang keupayaan berdikari, tidak boleh bergerak dan terpaksa bergantung kepada orang lain untuk menjaga mereka.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kematian akibat penyakit kronik ini akan meningkat daripada 35 juta kepada 41 juta menjelang 2015.

Di Malaysia, jumlah kematian di hospital kerajaan yang dicatat akibat penyakit tidak berjangkit ini (kanser, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis) ialah 17,667 kes.

Tua dan sejahtera

“Apabila mengalami gangguan kesihatan disebabkan peningkatan umur, jangan kata ia perkara biasa dalam proses penuaan; sebaliknya segera dapatkan bantuan dengan berjumpa doktor supaya boleh menjalani rawatan atau rehabilitasi.

“Jangan tunggu sehingga kesakitan tidak boleh ditanggung baru hendak berjumpa doktor kerana dalam keadaan ini, tempoh pemulihan akan mengambil masa lebih lama, malah kos rawatan juga lebih mahal.

“Ini sebabnya kita memperkenalkan program kesejahteraan untuk warga senior untuk kesihatan fizikal, mental, psikologi, emosi dan sosial. Ia bertujuan memantau kesihatan warga senior dan mengelak mereka menjadi penghuni hospital. Tahap kesihatan warga senior cepat berubah kerana peningkatan umur,” kata Dr Rameeza.

Menurut Dr Rajbans pula, kesihatan mental juga sangat penting kerana kajian menunjukkan ramai warga senior mengalami masalah kemurungan, terutama yang tinggal sendirian atau kehilangan orang tersayang.

Berdasarkan laporan banci pada 2000, kira-kira tujuh peratus daripada 1.4 juta warga senior di negara ini yang berumur 60 tahun ke atas tinggal sendirian. Mereka bukan saja mempunyai kualiti hidup lebih rendah, malah terdedah kepada risiko jatuh dan masalah kurang zat.

“Masalah kemurungan dan emosi lebih dirasai warga senior yang tinggal di bandar besar. Mereka yang tinggal di kampung boleh keluar melapangkan fikiran walaupun sekadar berjalan-jalan di sekeliling rumah tetapi bagi warga senior di bandar, mereka hidup dalam persekitaran kecil. Hendak keluar, bimbang isu keselamatan.

“Kini jumlah warga senior di bandar jauh lebih tinggi daripada di kampung. Dijangkakan 72 peratus warga senior akan tinggal di bandar bersama anak pada 2020, terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Dengan adanya program kesejahteraan ini mereka bukan saja boleh menjalani pemeriksaan kesihatan, malah berpeluang menyertai pelbagai aktiviti sosial untuk kesejahteraan minda dan emosi,” katanya.

Banyak cara boleh dilakukan untuk menjalani kehidupan sejahtera, antaranya:

  • Bersenam setiap hari mengikut kemampuan dan tahap kesihatan masing-masing. Ia penting untuk kekal cergas, menajamkan fikiran dan mengelak penyakit, terutama jantung. Senaman juga memudahkan kawalan penyakit. Individu tidak aktif mempunyai peluang dua kali ganda mendapat penyakit jantung berbanding orang yang kerap bersenam.
  • Makan makanan seimbang. Jika kurang selera, makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap. Kaedah ini dapat mengelak masalah kekurangan zat. Lebihkan pengambilan makanan mengandungi serat (sayur dan buah), kurangkan makanan berlemak. Ia penting untuk mencegah pertambahan berat badan (yang sangat mudah berlaku di kalangan warga senior) kerana kegemukan meningkatkan risiko mendapat kencing manis, sakit jantung, tekanan darah tinggi dan membuatkan masalah sendi bertambah buruk.
  • Ambil makanan tambahan seperti pil multivitamin dan kalsium untuk menjaga kesihatan tulang, otot serta kesihatan secara umum.
  • Minum banyak air masak, berhenti merokok dan elak atau hadkan pengambilan alkohol.
  • Kekalkan hubungan baik dengan keluarga dan rakan. Luangkan masa menyertai aktiviti kemasyarakatan kerana ia bukan saja membuatkan hidup menjadi lebih aktif, malah ia dapat merangsang minda untuk berfikir.
  • Sentiasa berhati-hati ketika berjalan untuk mengelak terjatuh. Ini kerana ia menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dan sosial.
  • Dapatkan nasihat doktor terlebih dulu sebelum melakukan sebarang senaman atau menyertai program senaman atau mengambil produk kesihatan; terutama bagi mereka yang menghidap penyakit.
  • ·  Belajar perkara baru seperti komputer untuk merangsang minda. Ia boleh menjadi aktiviti menyeronokkan jika dapat belajar bersama cucu.

PROGRAM PENJAGAAN KESIHATAN (GIGI DAN MULUT) WARGA EMAS


 
 
 

MARHABAN YA RAMADAN AL MUBARAK 1432H


Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan 1432H

Daripada

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kelab Warga Emas Jalan Siakap

Muga-muga Ramadan di tahun 1432H ini akan membawa Ibadah kami lebih sempurna berbanding di tahun yang lalu

MAAL HIJRAH 1432H


KEWE Jalan Siakap mengucapkan Selamat menyambut Maal Hijrah 1432H.

Masalah manusia adalah memandang ringan akan kehidupannya. Adakah kehidupan kita ini untuk bermain-main sahaja? Kita hakikatnya akan dikembalikan kepada Allah SWT.“Apakah kamu mengira, Kami menciptakan kamu untuk bermain-main sahaja? Sedangkan kamu kepada Kami tidak akan dikembalikan?

” Surah Al-Mukminuun ayat 115.

LAWATAN NOSTALGIA KEWE JALAN SIAKAP KE MELAKA, MBB


Seramai 65 orang ahli Kelab Warga Emas (KEWE) Jalan Siakap akan mengadakan lawatan NOSTALGIA ke Negeri Melaka, Melaka Bandaraya Bersejarah pada 23 November 2010.

Lawatan ini adalah merupakan lawatan NOSTALGIA untuk ahli KEWE Jalan Siakap (anak kelahiran negeri Melaka) yang telah lama tidak balik ke negeri kelahiran mereka. Mereka ini adalah merupakan warga emas yang kurang berkemampuan untok balik melihat pembangun pesat negeri kelahiran mereka sekianlama.

Yang mengembirakan peserta rombongan ini adalah komitmen dari YAB Datu Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam Ketua Menteri Melaka telah bersetuju menerima kedatangan rombongan ini dan akan meraikan mereka untuk menikmati River Cruise trip dan Jamuan Makan Tengah Hari.

Berita gembira ini telah disampaikan oleh Pegawai dari Pejabat YAB Ketua Menteri Melaka kepada Pengerusi Kelab Warga Emas Jalan Siakap, Tn. Hj. Jamil bin Kadim; Adalah dimaklumkan bahawa Tn. Hj. Jamil bin Kadim juga merupakan anak kelahiran dari Kampong Bukit Katil Melaka,  berkebutalan pula sama kampong dengan kelahiran YAB Datuk Seri Ketua Menteri Melaka dan difahamkan beliau juga memulakan zaman persekolahan bersama di Sekolah Melayu Bukit Katil Melaka di awal tahun 50han.

Berita: Ketua Penerangan KEWE Jalan Siakap.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1431H


PENGERUSI DAN AHLI JAWATANKUASA

KELAB WARGA EMAS JALAN SIAKAP

MENGUCAPKAN

kepada

semua Muslimin dan Musliman seluruh negara dan kepada pelayar blog saya

KUNJUNGAN YBHG. DATUK SYED ABDUL RAHMAN ALHABSHI KE KEWE JS


Pengerusi Kelab Warga Emas Jalan Siakap dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi, Konsol Kehormat Mongolia di Malaysia merangkap Pengerusi NGOs Bandar Tun Razak akan membuat Kunjongan ke Rumah Kelab Warga Emas Jalan Siakap pada jam 9.00 malam 16 November 2010. Difahamdkan bahawa kunjongan ini adalaha merupakan kunjongan bersempena menyambut Hari Raya Aidiladha 1431H bersama Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli Kelab Warga Emas Jalan Siakap. Kepada semua AJK dan ahli-ahli dijemput hadir. Pengerusi dan AJK mengucapkan selamat datang ke YBhg. Datuk ke KEWE Jalan Siakap.

Bersempena menyambut Hari Raya Aidiladha 1431H yang akan jatuh pada 17 November 2010, Pengerusi dan seluruh kepimpinan KEWE Jalan Siakap mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA MUSLIM DAN MUSLIMAT seluruh negara dan khususnya kepada yang melayari Blog KEWE Jalan Siakap.

JAMUAN PERPISAHAN EN. SAHANMANJAMAIDY BIN ABU HASSAN


Hari ini 4 November 2010 berlangsung majlis Jamuan Makan Tengah Hari yang sedarhana di KEWE Jalan Siakap. Majlis  untuk meraikan En. Sahanmanjamaidy (Staf Rumah KEWE Jalan Siakap) bertukar ke Rumah KEWE Bandar Tun Razak.

En. Sahanmanjamaidy memperlihatkan cenderamata dari Pengerusi dan AJK KEWE Jalan Siakap yang disampikan oleh En. Kamaluddin bin Yusof bagi Pihak Pengerusi KEWE Jalan Siakap

 

Majlis ini juga untuk meraikan Staf baru Rumah KEWE Jalan Siakap Pn. Kintan (Penyelia) dan Pn. Liza (Pembantu Rumah KEWE) yang mula menjalankan tugas masing-masing di Rumah KEWE Jalan Siakap pada 1 November 2010.

Sebahagian dari AJK KEWE JS yang hadir dalam majlis perpisahan En. Sahanmanjamaidy
Sebahagian lagi AJK KEWE JS yang sedang menunggu ucapan Pengerusi KEWE JS sebelum jamuan dimulakan
AJK KEWE JS sedang menyediakan hidangan untuk majlis tersebut

 

Pengerusi KEWE JS YBhg. Hj. Jamil bin Kadim mengcapakan kepada semua yang terlibat yang telah menjayakan majlis makan tengah ini khususnya kepada semua AJK yang telah menyumbang lauk pauk untuk jamuan. Beliau juga memaklumkan jamuan seperti ini adalah kali pertama diadakan secara berdikari (AJK yang menyumbang kepada jamuan tersebut secara masak di rumah dan kemudian membayanya ke Rumah KEWE JS).

CERAMAH PENGURUSAN DAN MENANGANI STRESS


Dimaklumkan bahawa JPKS akan mengadakan ceramah pengurusan dan menangani stress dengan kerjasama RE Mil lenium Sdn. Bhd dan Universiti Putra mlaysia (UPM) khusus untuk ahli-ahli kelab warga emas Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial. Keutamaan penyertaan adalah dibuka kepda seramai 40 orang setiap kelab.

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif utama adalah untuk memberikan penerangan tentang cara-cara menguruskan dan menangani stress mengikut jkaedah refleksologi dan teknik-teknik yang betul.

PENCERAMAH JEMPUTAN

Penceramah yang dijemput adalah Dr. Ahmad Ezanee (Pkar refleksologi-RE Millenium Sdn. Bhd) dan Prof. Dr. Zaiton binti Husin dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

TARIKH, MASA DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh – 13 November 2010 (Sabtu); Masa- 8.00 pagi hingga 5.00 petang; Tempat – Auditorium Perpustakaan Kuala Lumpur (bersebelahan Dataran Merdeka).

PENYERTAAN

Ahli Kel ab yang berminat boleh memberikan nama pada pengerusi dan penyelia kelab masing-masing selewat-lewatnya pada 8 November 2010.

KELAS FARZU ‘AIN (WANITA)


MAKLUMAT – Kelas Fardzu ‘Ain KEWE Jalan Siakap diadakan pada tiap-tiap hari Rabu bermula dari jam 2.30 petang hingga jam 3.30 petang.  Tenaga pengajarnya ialah Ustazah Hjh. Nasyiah bt. Hj. Abdul Razak.

 

 

Ustazah Hjh. Nasyiah bt. Hj. Abdul Razak sedang menyampaikan kuliah.

Previous Older Entries